asd

asd

asd

asd
[ HOME ] ................ [ GALERI ]................ [ AKTIVITI ]................[ MEMBERSHIP ]

KEAHLIAN
Keahlian Kelab ini terbuka kepada seluruh warga belia Malaysia. Kini, keahlian kelab terbuka pada pemilik dari semua jenis kereta dan terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:-

Ahli Berkereta
Individu yang berkereta sendiri serta memiliki lesen pandu kereta.

Ahli Kehormat
Individu yang pernah berjasa kepada kelab atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada kelab yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Kelab.

Semua permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha.

Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

Untuk Permohonan Pendaftaran Ahli Baru,
sila SMS: SRDaftar ke 0177721953
(untuk pihak kelab hubungi bagi tentukan tarikh dan masa sessi temujanji)
[ COMMENT ]

YURAN KEAHLIAN
Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan bulanan kepada Kelab seperti berikut:-

Yuran Pendaftaran
RM40 - Kos Pelekat Rasmi Kelab

Yuran Bulanan
RM10 - Kos Pentadbiran Kelab

Sekiranya yuran bulanan tidak dijelaskan dalam tempoh satu bulan tanpa alasan yang munasabah, Jawatankuasa Induk berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan.

Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ahli ingin menjadi semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran bulanan dan penalti sebanyak RM 10. Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.



PELEKAT RASMI SRD MOTORSPORT


gambar (1) - Pelekat hadapan
gambar (2) - Decal (sudut tepi hadapan)
gambar (3) - Pelekat belakang
gambar (4) - Pelekat sudut tepi belakang







AMARAN KERAS!! SEBARANG BENTUK PENYALINAN ATAU PENGGUNAAN LOGO DAN NAMA SRD MOTORSPORT TANPA KEBENARAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI. TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIAMBIL JIKA BERLAKUNYA PENYALAHGUNAAN TERSEBUT.
.
KELAB BERDAFTAR DI BAWAH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA